Alert Book Lovers! Jualan
‘Big Bad Wolf’ Kembali ESOK Di..

31 March 2021

Malaysia

Sebelum ini, Big Bad Wolf boleh berbangga apabila acara jualan tahunan mereka mencatatkan rekod sebagai jualan buku terbesar dunia. Namun, pandemik COVID-19 menyusul dan merencatkan perancangan mereka sepanjang tahun lalu.

Setelah lama menyepi daripada melangsungkan acara bagi pencinta bahan bacaan, jualan murah Big Bad Wolf bakal kembali bermula 1 hingga 12 April ini.

Acara yang menawarkan lebih daripada 60,000 judul buku ini bukan hanya akan berlangsung khas di bukan satu tetapi dua lokasi berbeza di Johor Bahru, Johor.

Ia termasuklah di The Toppen Shopping Centre dan AEON Mall Dato’ Onn, Johor Bahru.

Sekiranya sebelum ini, jualan Big Bad Wolf sinonim dengan jualan yang dibuka untuk tempoh 24 jam tanpa henti, namun atas dasar berjaga-jaga terhadap risiko jangkitan COVID-19, pintu jualan hanya akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Okaylah, korang masih boleh membelek buku dan memilih dengan selesa dan tidak terpusu-pusu.

Di antara bahan bacaan yang ditawarkan termasuklah novel popular, fiksyen sains, novel cinta, literature, graphic art, bahan bacaan ilmiah, bahan bacaan seni bina, buku masakan dan banyak lagi.

Bagi korang yang tidak menetap di Johor Bahru pula, jangan risau kerana korang masih boleh menyertai jualan kali ini daripada rumah saja. Jualan Big Bad Wolf di atas talian juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama di LAMAN WEB mereka dan ia dibuka sepanjang 24 jam sehari.

Korang harus merebut beberapa promosi menarik yang ada seperti ‘1Sen Deal’ dan tawaran penghantaran bahan bacaan percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembelian melebihi RM180.

Manakala, mereka yang menetap di Sabah dan Sarawak juga boleh menikmati tawaran separuh harga penghantaran tanpa sebarang jumlah pembelian minimum untuk penghantaran DARI Sabah dan Sarawak.

Bagi warga Johor yang bakal ke dua lokasi yang dinyatakan tadi, pastikan menjaga Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan memakai pelitup muka sepanjang masa.